Assamualaikum dan selamat sejahtera...kat sini aku nak ulas sedikit berkenaan dengan pasukan bolasepak Malaysia.Tidak dapat di nafikan sememangnya berlaku peningkatan dalam prestasi ataupun persembahan yang ditunjukkan dalam setiap perlawanan.Gabungan pemain senior yang sudah berpengalaman dengan pemain muda sememangnya menjanjikan persembahan yang menarik.Tetapi kita hanya mampu menjadi juara dalam Asia Tenggara.Di peringkat yang lebih tinggi.kita tewas kepada pasukan yang lebih hebat.Tengok sahaja di perlawanan kelayakan Piala Asia.Terpaksa merangkak dalam kepayahan.Boleh di katakan kita paling bagus dikalangan yang kurang bagus.Itupun terpaksa bersaing hebat dengan jaguh-jaguh yang lain seperti Indonesia,Thailand dan Singapura.Bolasepak Malaysia tidak boleh pergi jauh dengan hanya menjadi juara di ASEAN.Kita perlu berusaha dengan lebih keras setidak-tidaknya menjadi juara Asia.Hasrat untuk ke Piala Dunia perlu di lupakan untuk seketika.Fokus dahulu untuk menjadi juara Asia.Kalau di peringkat Asia pun kita kalah,macam mana nak ke Piala Dunia.Pendapat anda??