Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ok...ini last post untuk tugasan blog.Tak ada apa yang aku nak cerita.Just want to say..
" mungkin aku yang selalu jadi mangkuk hayun dalam kelas itu "
" namun kau masih ajar aku "
" macam mana nak buat blog "
" excell ,access dan yang lainnya "
" kau ajarku tanpa lelah "
" terima kasih pada mu cikgu"
"jasa mu akan ku kenang selalu "
terima kasih....
assalamualaikum..
Search This Blog
Tuesday, 4 June 2013
Baik dan jahat..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kenapa politik selalu di salah ertikan oleh sesetengah pihak sebagai kotor??
Aku pun xtaw...
Pendapat masing masing ada yang mengatakan ia benar..
Ada yang mengatakan ia salah..
Tapi bagi aku..konsepnya senang sahaja..
1 ) adat dunia,yg jahat itu xkan redha selagi yg baik itu xjadi jahat..apabila adanya konsep x redha itu,otometik nye yg jahat itu akan melakukan apa shja untuk mmstikan yg baik itu jadi jhat..bermakna seharusnya politik itu terpalit banyak kekotoran..
2 ) guna gunakan islam sehabis mungkin dalam politik seperti org kristian guna agma mereka untuk kepentingan mereka
Stadium Bukit Jalil...ambo datang..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Dah lama da aku tunggu saat2 ini.Saat untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi di final piala FA yang akan menentang Johor Darul Takzim pada 29 Jun ini.
Dah berapa kali Kelantan melangkah ke final namun aku belum pernah menjejakkan kaki di Stadium Bukit Jalil.Kekangan masa menyebabkan aku hanya mampu menonton di kaca televisyenbersama rakan rakan yang lain.
Tapi kali ini aku berazam dan bertekad yang aku akan pergi juga untuk menyaksikan Kelantan vs Johor Darul Takzim.

Demam final piala FA..
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera.Post kali aku nak cerita tentang demam bola
sepak.Final bola sepak piala FA kini menghampiri kemuncaknya.Kelantan
bakal bersaing merebut piala FA yang beraksi menentang pasukan Johor
Darul Takzim pada 29 Jun ini.Saingan kali ini pasti sengit kerana
Kelantan akan bermain bersungguh sungguh dalam mempertahankan piala
FA yang di menanginya pada musim lepas.Johor Darul Takzim pula pasti
tidak akan melepaskan peluang yang sudah ada di depan mata untuk
memenangi piala FA buat kali pertamanya.
Mengimbas kembali
dalam saingan dalam Liga Super pada tahun ini,pasukan Johor Darul
Takzim sememangnya tidak dapat di nafikan merupakan pasukan yang
sungguh mantap sebagai pendatang baru Liga dalam Malaysia.Kali
pertama beraksi dalam Liga Malaysia,JDT kelihatan tidak kekok untuk
beraksi di tengah padang.Gabungan pemain pemain kebangsaan antaranya
Safee Sali,Safiq Rahim yang memiliki kekuatannya yang tersendiri amat
di tagih oleh jurulatih JDT,Fandi Ahmad dalam merebut piala FA dari
Kelantan tahun ini.
Sama2 kita nantikan
keputusannya..
Sikit lagi kerja sekolah nak habis..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca blog aku.Nak bagitahu yang hari ini,semua kerja
sekolah yang berkaitan dengan subjek Aplikasi Komputer 99% telah pun
siap.1% lagi dalam proses.Kerjanya menulis blog ni ha.Ada beberapa
post lagi yang aku kena buat.Ok sekarang ni tengah pikir nak post
tentang apa.Kekurangan idea menyebabkan tugasan membuat blog ini
tidak berjalan dengan lancer.Tu je..terima kasih kalau sudi membaca…
Sunday, 2 June 2013
Kawan lama datang kembali..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kawan aku masa semester satu hari tu datang melawat UKM.HAHAHAH...satu semester x dengar cerita dia.Hanya Facebook yang menghubungkan kami namun kurang berkomnikasi di Facebook.Hehehehhe...petang td sempat bermain ping pong jap...huh..lama gilerr x main ping pong...berpeluh di buatnya..
Saturday, 1 June 2013
Sesi pembentangan 2..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Post ini tentang pembentangan Powerpoint sesi ke 2 untuk subjek Aplikasi Komputer.Kumpulan kami bentang dalam pukul 3.30 petang.Tajuk pembentangan adalah Piramid makanan.Alhamdulillah ...Pembentangan powerpoint berjalan dengan lancar.Oleh kearana tak ramai yang datang,tak lah aku terlalu nervous.Semuanya ok.Komen En Azwwan pon lebih kepada komen membina.Video pembentangan pun boleh di katakan ok berbanding video yang sebelumnya.
Apa yang aku bangga masa pembentangan adalah Kumpulan Amin merupakan johan bagi Video terbaik.Ttengoklah sapa photographer.Ehem2...
Ok..itu saja ..Terima kasih..
Apa yang aku bangga masa pembentangan adalah Kumpulan Amin merupakan johan bagi Video terbaik.Ttengoklah sapa photographer.Ehem2...
Ok..itu saja ..Terima kasih..
Versus Musim Ke 2..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.Post kali ini hanya bertujuan untuk cerita tantang Versus 2 yang baru sahaja melabuhkan tirainya baru2 ini.Teka band mana yang menang??Tak tahu?Bereh2,,Kalau nak tahu,Manifesto Band telah di nobatkan sebagai juara yang telah mengalahkan Kyoto Protocol di peringkat battle.Kepada peminat muzik tempatan,kemenangan kumpulan Manifesto mungkin telah mengejutkan mereka kerana kumpulan ini adalah project band.Masih baru di tubuhkan dengan tujuan untuk memasuki program Versus 2 ini.Namun mungkin kerana kesungguhan mereka,persembahan mereka yang konsisten telah melayakkan mereka memenangi hadiah sebanyak RM200,000,000.Fuhhh...Banyak giler...Kepada band yang kurang bernasib baik tu,tidak mengapa.Korang semua memang terbaik.Memang terer bab2 merosakkan lagu dengan cara yang baik.Hehehe...
Ni antara Quotes yang aku sempat tangkap dari kumpulan kumpulan yang bertanding serta juri2..Quotes yang bagi aku mungkin antara yang paling kreatif pernah aku dengar..
" biar mati mencuba,jangan mati kecewa " _Oh Chentaku_
" sungai kreativiti korang semua dah tercemar " _Loque_..fuhhh...metafora tu...heheheh
Sekian..

Thursday, 30 May 2013
Keep calm and study for exams..
Assalamualaikum.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah S.W.T kerana hari ini selesai sudah Lab Test 2 untuk subjek Aplikasi Komputer.Hanya tinggal seminggu saja lagi masa untuk aku buat yang terbaik bagi pembentangan Acces.Lepas tu dah boleh fokus kepada final exam.Terasa sedikit demi sedikit beban ini semakin berkurangan.Study sampai mati...
Wednesday, 22 May 2013
Sesi pembentangan 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Post ni pasal pembentangan powerpoint sesi pertama.Sepatutnya da lama da nk post,tetapi mungkin sebab terlalu sibuk,terpaksa la di tunda pada hari ini.Mintak maaf.Refresh balik pembentangan hari tu....
Sepatutnya 10 kumpulan yang akan bentang,akan tetapi oleh kerana masalah yang tidak dapat di elakkan,hanya 2 kumpulan yang sempat bentang.Tak tahu la sape yang sabotaj sampai speaker rosak,tetapi syukur sangat2 sebab hari tu,aku x prepare apa2 pon.Jadi aku punya kumpulan bentang pada minggu yang ke seterusnya.
Ok,nak cerita pasal pembentangan tu.Kumpulan pertama cerita pasal kasut.Pandai juga Ku Haris acting.Video pun cantik.Overall,masih boleh di perbaiki dan kalau usaha sikit lagi,konpem terbaik.Kumpulan yang kedua bentang pasal pantang larang masyarakat Cina,Melayu,dan India.Satu informasi yang sangat berguna.
Kesimpulannya,dua dua kumpulan telah buat yang terbaik.Dapat result nanti,redha je la dengan usaha yang korang semua dah buat.
Terima kasih.

Thursday, 25 April 2013
KEADILAN VS SAMARATA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Korang semua tahu tak apa maksud keadilan ? sama rata? Tak tahu??
Ok...kalau tak tahu..cuba tengok gambar kat bawah ni..

Apa bezanya dia antara 2 konsep ini ??Adakah konsep sama rata itu bagus..??Atau keadilan itu lagi bagus??Mungkin,,,namun semuanya bergantung kepada pendapat individu masing masing...tepuk dada tanya selera..

Tuesday, 23 April 2013
oH ChenTaku..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Oh Chentaku.Nama kumpulan pemuzik yang sedang meningkat naik kebelakangan ini.Tak tahu kenapa tetapi mungkin kerana genre muzik yang di bawanya iaitu muzik rock,punk dan electro.Kumpulan ini di tubuhkan pada tahun 2007 di anggotai oleh Myo,Amber dan Naem.Sekarang ini masih lagi aktif dalam setiap gig di sekitar Indonesia,Thailand dan Singapura.Kalau nak try layan best ke tak nih aku bagi dia punya link..
http://www.youtube.com/watch?v=XMe4gGzzwgI

MACAM MANA NAK DOWNLOAD IDM FREE TANPA REGISTRATION???
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ada x sesiapa kat sini yang pandai bab bab komputer?nak tanya macam mana nak download IDM tanpa registration?Makna nya aku x nak guna yang free trial punya version.Yang free trial ni leceh la.Cukup sebulan dia suruh daftar.Masalah betulla.Nak buat kerja sekolah pun susah.Korang semua tahu sendiri la macam mana kehidupan kat UKM ni.Tiap2 hari kena download nota kuliah la,itu la,ini la.
Friday, 19 April 2013
Band INDIE kegemaran aku..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Nak kongsi sedikit tentang Band Indie yang aku minat.

Nama band ni ialah Pesawat.Setahu aku,band ini di tubuh kan sejak dari tahun 2005 lagi.Antara lagu yang aku suka dengar antaranya ialah Mirage.Kalau korang try nak layan,ni aku sertakan sekali link http://www.youtube.com/watch?v=8_1u8ekeLHY

Itu je..terima kasih...

Exam oh exam..
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.Ketika aku sedang menulis ini,musim peperiksaan pertengahan semester sudahpun tiba.Dan ketika ini juga,aku sedang ulangkaji subjek mikroekonomi.Esok exam....hahahahha...hebatkan aku?Esok exam,hari ni baru nak ulangkaji.Teringat masa kat matrik dulu,belajar 24 jam sehari tak ada rehat langsung.Result pon boleh la tahan.Tapi kat sini,tak ada harapan.Nak lepas pointer 3.5 pun merangkak.Apa pun,kita rengokla apa yang akan terjadi..
Tuesday, 16 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Inilah hobi aku aku pada zaman sekolah rendah dulu.Suka sangat mandi sungai.Kat belakang rumah aku ada satu sungai kalau dulu memang bersih dan cantik.Aku gan kawan kawan aku tiap tiap petang kalau x main guli,mesti mandi sungai.Berbagai bagai gaya cara nak terjun dalam sungai.Ada yang berpusing pusing dan bermacam jenis lagi la..Pendek kata semuanya aku belajar kat sungai ini.Tapi sekarang sungai ini dah x macam dulu lagi.Semuanya berubah.Dulu bersih tapi sekarang tak lagi.Dek kerana sikap manusia yang tak bertanggungjawab,sungai ini dah tercemar..... :(
P/s :bumi tanpa lautan akan kehausan,
pasti lambat laun hilang dunia ku yang malang.....
Main sorok sorok..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Korang semua tau tak budak2 yang kat kat bawah ni tengah main apa?Kat tempat aku,permainan ni di kenal sebagai permainan nusuk atau pun bahasa standardnya main sorok2.Aku masa kecik2 dulu selalu jugak main permainan ni ngan kawan.Tapi sekarang dah besar,lain la pula permainannya..hehehehe...

Alasan budak budak sekolah..
Assamualaikum dan selamat sejahtera.Anda semua pernah lihat atau pernah terdengar tak ayat kat bawah ni??Pernah dengar kan....hehehehhe..ayat budak sekolah yang sering di gunakan oleh budak budak hingusan dan kalau korang nak tahu,ayat ni jugalah yang sering aku guna apabila aku tak siap kerja sekolah masa zaman sekolah menengah dulu.Hahahahahaha...kalau ada yang tergelak,mesti dia pernah guna alasan ni....heheheheh
Monday, 15 April 2013
Jumpa cikgu di sekolah,,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini,rumahku
kembali ceria dengan kepulangan abangku dari Penang.Dia ke sana dengan kawan
kawannya kerana ada lawatan sambil belajar mungkin.Abangku kini belajar di
UMK(Univesiti Malaysia Kelantan) dan sekarang memasuki tahun 2.2 tahun lagi dia
akan habis pengajian dalam Ijazah apa entah.Aku pun lupa.
Kepulangannya
sedikit memudahkan kerja aku.Ini kerana aku dapat menggunakan
motosikalnya.Sudah lama aku tidak ke sekolah lama ku.Sekolah Kebangsaan Bukit
Jawa.Sekolah yang telah mengajar aku menjadi manusia.Hehehehehhe….
Teringat
kembali satu persatu wajah wajah guru yang mengajarku.Cikgu Hazban,Cikgu
Zubaidah, dan ramai lagi.Masih ada lagi kah mereka di sekolah itu?? Esok aku
akan mengetahui jawapannya…
Beban ini semakin bertambah..
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.Sudah 3 hari aku berada di masih tidak mengulangkaji walaupun peperiksaan pertengahan semester
sudah semakin dekat.Tugasan tugasan masih tidak ku sentuh.Ini menjadikan aku
semakin tertekan.Ada rumah pun macam tidak ada rumah.Asyik keluar
memanjang.Tapi esok aku berjanji akan
mengulangkaji pelajaran dan aku akan melakukan yang terbaik pada hari
peperiksaan nanti.
Bebanan kerja sekolah...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari pertama berada di
rumah memang membosankan.Adikku yang bongsu sudah ke sekolah.Di pagi yang
hening itu,aku berasa kosong.Kalau di kampus,aku belum bangun lagi melainkan
kalau ada kelas.Anehnya,di rumah aku selalu bangun awal.Tidak tahu
kenapa,mungkin kerana suasana di kampung yang nyaman membuatkan aku terbangun
awal.
Namun
apabila memikirkan tugasan yang perlu di siapkan,hatiku berasa tidak
tenang.Banyak sekali tugasan yang perlu di siapkan dalam minggu ini.Aku
merasakan cuti ini sepenuhnya akan di gunakan untuk menyiapkan tugasan.
Peperiksaan
pertengahan semester juga semakin dekat.Tetapi aku masih belum lagi
mengulangkaji.Semakin gundah gulana hati ku ini.Sememangnya susah untuk
mengekalkan prestasi tetapi aku akan mencubanya.
Cuti Pertengahan Semester
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini aku dah
berada di rumah di Kelantan.Perjalanan pulang ke rumah memakan masa lebih
kurang 12 jam.Selalunya paling lama pun,ia mengambil masa selama 8 jam.Oleh
kerana terdapat masalah yang tidak dapat di elakkan,di campur dengan beberapa
kali bas berhenti untuk makan,sembahyang dan ditambah lagi melayan kerenah
penumpang yang sering kali inigin membuang air,terpaksalah kami bersabar selama
4 jam lagi untuk sampai ke destinasi.Sabar je la..
Tepat
jam pkul 9.15 malam,bas sampai di Econjaya Kok Lanas.Sementara menunggu abang
ipar aku datang untuk mengambilku,aku lepak di kedai kopi sambil menonton
bola.Hatiku sedikit terubat apabila pasukan TRW Kelantan sedang mendahului 2-0.
15
minit selepas itu,abang iparku sampai.Rumahku,aku datang……..

Wednesday, 3 April 2013
Kenangan silam..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Mesti korang semua tergelak sakan tengok gelagat budak sekolah di atas kan??hahahahahahha.....Hakikatnya,itulah situasi aku apabila pada tingkatan 3 dahulu.Apabila di ingat balik,memang lawak.Seorang budak hingusan yang mempunyai pelbagai alasan apabila tidak dapat menjawab soalan yang di berikan.Kawan kawan aku tergelak sampai tak ingat dunia.Apa tak nya,dah lah cikgu aku tu tengah marah.Boleh pulak aku buat lawak antarabangsa yang tak di iktiraf.
Zaman persekolahan memang tidak dapat di lupakan.Pelbagai kisah yang apabila di ingat balik akan mencuit hati kita.
p/s : Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya........hujan-muda.....
Keidupan seorang pelajar....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kali ini aku nak berkongsi mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar.Kehidupan ini sebenarnya adalah boleh di ibaratkan sebagai sebuah sekolah.Kita sebagai pelajar seharusnya sentiasa belajar supaya tidak ketinggalan.
Meskipun sesetengah orang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta atau ipts,tetapi mereka masih perlu belajar.Ini kerana bukan di ipta or ipts sahaja tempat yang kita boleh belajar,malah di mana mana tempat pun kita masih boleh belajar.
p/s : jangan pernah berasa lelah untuk belajar...

Kehidupan di UKM...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada kali ini,aku nak kongsi sedikit dengan pengunjung blog tentang cerita dan gelagat penghuni di UKM ini.Memandangkan sudah lebih 7 bulan aku berada di UKM ini,pelbagai cerita yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.
Antaranya ialah suasana di sini sangat nyaman kerana berada di kawasan hutan.Suasananya yang nyaman dan tenteram menyebabkan aku tiak betah untuk terus menimba ilmu di sini.
Antaranya ialah suasana di sini sangat nyaman kerana berada di kawasan hutan.Suasananya yang nyaman dan tenteram menyebabkan aku tiak betah untuk terus menimba ilmu di sini.
Pengalaman di Tambun,Perak....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada 2 minggu lepas,saya bersama kawan kawan telah melawat The lost World of Tambun.Perjalanan ke sana telah mengambil masa lebih kurang 4 jam.Kami bertolak dari UKM pada pukul 10 malam.
Sesampainya di sana,budak budak perempuan sibuk mengambil gambar di sana sini.Sememangnya orang perempuan ini suka bergambar.Betul atau tidak pernyataan ini bergantung kepada individu.Tempat ini sememangnya menjanjikan pelbagai tempat dan aktiviti yang menarik untuk di jelajah.Bayaran RM45 sememangnya berbaloi termasuk penginapan dan makanan.
Di bawah ini antara gambar2 yang sempat di rakam oleh lensa kamera.Enjoy it....

Handphone termahal....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Dulu semasa tahun90 an,telefon bimbit menjadi satu aksesori bagi yang berkemampuan.Memandangkan permintaan pada ketika itu rendah,sebuah telefon bimbit yang paling asas mencecah ratusan ringgit.Kad sim pula bernilai ratusan ringgit.
Tetapi sekarang telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang.Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu di miliki.
Dekat sini aku nak kongsi dengan korang mengenai telefon bimbit termahal di dunia.
Ini adalah telefon termahal pernah di catatkan dalam sejarah.Ia di pamerkan di Millionaire Fair selama tiga hari di Cannes,Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimbit Paling Mahal di dunia.
'Le Million' Piece Unique ya usng di beli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini bernilai 1juta Euro.......!!!!! Bayangkan apabila di tukar kepada Ringgit Malaysia.......??Terlalu banyak untuk di kira.....kan3????
Tetapi sekarang telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang.Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu di miliki.Dekat sini aku nak kongsi dengan korang mengenai telefon bimbit termahal di dunia.
Ini adalah telefon termahal pernah di catatkan dalam sejarah.Ia di pamerkan di Millionaire Fair selama tiga hari di Cannes,Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimbit Paling Mahal di dunia.
'Le Million' Piece Unique ya usng di beli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini bernilai 1juta Euro.......!!!!! Bayangkan apabila di tukar kepada Ringgit Malaysia.......??Terlalu banyak untuk di kira.....kan3????
Sedikit Renungan.....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Aku nak berkongsi sedikit dilema yang sering aku lalui sepanjang aku hidup kat bumi ini selama lebih 19 tahun.Dan mungkin korang semua pernah melalui dilema ini.Aku mengaku yang aku ni bukannya yang paling baik dan aku juga pernah melakukan dosa.Namun apabila aku melihat sesorang itu melakukan dosa,terasa ingin menasihati orang itu.Apakah aku berhak dan layak?
Jawapannya,kita berhak dan selayaknya untuk menasihati dan mencegah kemungkaran walaupun kita juga pernah melakukan dosa itu.Jawapan ini berdasarkan beberapa sebab di antaranya ialah kita bukan nabi atau rasul yang maksum.Kita semua melakukan kesalahan dan dosa.Jangan pernah menafikan hakikat itu.Berdasarkan fakta ini,kita tidak perlu berasa tidak layak untuk memberi nasihat kerana semua orang melakukan dosa.
Kedua,berdasarkan suruhan ALLAH S.W.T membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Oleh itu,kita perlu rasa bertanggunjawab untuk menasihati supaya menjadi yang lebih baik.
Sekian terima kasih.....
p/s :hatta kita sedang berzina sekalipun,dan ternampak orang yang melakukan dosa,kita wajib menegurnya.,,,,

Teknologi oh Teknologi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Teknologi maklumat di era masa kini semakin pesat membangun.Tidak di nafikan ia sememangnya memudahkan kita dalam urusan harian.Dan banyak lagi kemudahan yang dapat kita nikmati apabila meggunakan teknologi.
Namun,di sebalik segala kebaikan,terselit keburukan yang menyusahkan kita.Contohnya penggunaan media sosial antaranya facebook,twitter,myspace dan sebagainya.Penyalahgunaan media sosial ini tanpa kawalan menyebabkan berbagai masalah yang timbul.Kita dapat tengok berbagai ragam masalah yang sering di paparkan di media sosial.Antaranya penggunaan kata kata kesat,berbalah sesama sendiri,masalah perkauman,politik dan sebagainya.Penggunaan media sosial ini menyebabkan kita semakin berani bertindak liar oleh kerana kita hanya beraksi secara maya.
Status status yang berbaur perkauman,politik dan sebagainya telah menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri dalam menegakkgan pendapat masing masing.Secara tidak langsung ia menyemarakkan lagi masalah ini dan ini boleh membawa kesan yang buruk kepada negara.

Friday, 29 March 2013
Saya sayang bolasepak Malaysia...sebab tu saya selalu komen....
Assamualaikum dan selamat sejahtera...kat sini aku nak ulas sedikit berkenaan dengan pasukan bolasepak Malaysia.Tidak dapat di nafikan sememangnya berlaku peningkatan dalam prestasi ataupun persembahan yang ditunjukkan dalam setiap perlawanan.Gabungan pemain senior yang sudah berpengalaman dengan pemain muda sememangnya menjanjikan persembahan yang menarik.Tetapi kita hanya mampu menjadi juara dalam Asia Tenggara.Di peringkat yang lebih tinggi.kita tewas kepada pasukan yang lebih hebat.Tengok sahaja di perlawanan kelayakan Piala Asia.Terpaksa merangkak dalam kepayahan.Boleh di katakan kita paling bagus dikalangan yang kurang bagus.Itupun terpaksa bersaing hebat dengan jaguh-jaguh yang lain seperti Indonesia,Thailand dan Singapura.Bolasepak Malaysia tidak boleh pergi jauh dengan hanya menjadi juara di ASEAN.Kita perlu berusaha dengan lebih keras setidak-tidaknya menjadi juara Asia.Hasrat untuk ke Piala Dunia perlu di lupakan untuk seketika.Fokus dahulu untuk menjadi juara Asia.Kalau di peringkat Asia pun kita kalah,macam mana nak ke Piala Dunia.Pendapat anda??
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)