Search This Blog

Thursday, 25 April 2013

KEADILAN VS SAMARATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Korang semua tahu tak apa maksud keadilan ? sama rata? Tak tahu??

Ok...kalau tak tahu..cuba tengok gambar kat bawah ni..





Apa bezanya  dia antara 2 konsep ini ??Adakah konsep sama rata itu bagus..??Atau keadilan itu lagi bagus??Mungkin,,,namun semuanya bergantung kepada pendapat individu masing masing...tepuk dada tanya selera..

Tuesday, 23 April 2013

oH ChenTaku..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Oh Chentaku.Nama kumpulan pemuzik yang sedang meningkat naik kebelakangan ini.Tak tahu kenapa tetapi mungkin kerana genre muzik yang di bawanya iaitu muzik rock,punk dan electro.Kumpulan ini di tubuhkan pada tahun 2007 di anggotai oleh Myo,Amber dan Naem.Sekarang ini masih lagi aktif dalam setiap gig di sekitar Indonesia,Thailand dan Singapura.Kalau nak try layan best ke tak nih aku bagi dia punya link..


http://www.youtube.com/watch?v=XMe4gGzzwgI



MACAM MANA NAK DOWNLOAD IDM FREE TANPA REGISTRATION???

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ada x sesiapa kat sini yang pandai bab bab komputer?nak tanya macam mana nak download IDM tanpa registration?Makna nya aku x nak guna yang free trial punya version.Yang free trial ni leceh la.Cukup sebulan dia suruh daftar.Masalah betulla.Nak buat kerja sekolah pun susah.Korang semua tahu sendiri la macam mana kehidupan kat UKM ni.Tiap2 hari kena download nota kuliah la,itu la,ini la.



Friday, 19 April 2013

Band INDIE kegemaran aku..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Nak kongsi sedikit tentang Band Indie yang aku minat.








Nama band ni ialah Pesawat.Setahu aku,band ini di tubuh kan sejak dari tahun 2005 lagi.Antara lagu yang aku suka dengar antaranya ialah Mirage.Kalau korang try nak layan,ni aku sertakan sekali link http://www.youtube.com/watch?v=8_1u8ekeLHY






Itu je..terima kasih...

Exam oh exam..

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.Ketika aku sedang menulis ini,musim peperiksaan pertengahan semester sudahpun tiba.Dan ketika ini juga,aku sedang ulangkaji subjek mikroekonomi.Esok exam....hahahahha...hebatkan  aku?Esok exam,hari ni baru nak ulangkaji.Teringat masa kat matrik dulu,belajar 24 jam sehari tak ada rehat langsung.Result pon boleh la tahan.Tapi kat sini,tak ada harapan.Nak lepas pointer 3.5 pun merangkak.Apa pun,kita rengokla apa yang akan terjadi..



                          

Tuesday, 16 April 2013





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Inilah hobi aku aku pada zaman sekolah rendah dulu.Suka sangat mandi sungai.Kat belakang rumah aku ada satu sungai kalau dulu memang bersih dan cantik.Aku gan kawan kawan aku tiap tiap petang kalau x main guli,mesti mandi sungai.Berbagai bagai gaya cara nak terjun dalam sungai.Ada yang berpusing pusing dan bermacam jenis lagi la..Pendek kata semuanya aku belajar kat sungai ini.Tapi sekarang sungai ini dah x macam dulu lagi.Semuanya berubah.Dulu bersih tapi sekarang tak lagi.Dek kerana sikap manusia yang tak bertanggungjawab,sungai ini dah tercemar..... :(













P/s :bumi tanpa lautan akan kehausan,
          pasti lambat laun hilang dunia ku yang malang.....

Main sorok sorok..

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Korang semua tau tak budak2 yang kat kat bawah ni tengah main apa?Kat tempat aku,permainan ni di                        kenal sebagai permainan nusuk atau pun bahasa standardnya main sorok2.Aku masa kecik2 dulu selalu   jugak main permainan ni ngan kawan.Tapi sekarang dah besar,lain la pula permainannya..hehehehe...


Alasan budak budak sekolah..

              Assamualaikum dan selamat sejahtera.Anda semua pernah lihat atau pernah terdengar tak ayat kat bawah ni??Pernah dengar kan....hehehehhe..ayat budak sekolah yang sering di gunakan oleh budak budak hingusan dan kalau korang nak tahu,ayat ni jugalah yang sering aku guna apabila aku tak siap kerja sekolah masa zaman sekolah menengah dulu.Hahahahahaha...kalau ada yang tergelak,mesti dia pernah guna alasan ni....heheheheh




Monday, 15 April 2013

Jumpa cikgu di sekolah,,


         
             Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini,rumahku kembali ceria dengan kepulangan abangku dari Penang.Dia ke sana dengan kawan kawannya kerana ada lawatan sambil belajar mungkin.Abangku kini belajar di UMK(Univesiti Malaysia Kelantan) dan sekarang memasuki tahun 2.2 tahun lagi dia akan habis pengajian dalam Ijazah apa entah.Aku pun lupa.
                Kepulangannya sedikit memudahkan kerja aku.Ini kerana aku dapat menggunakan motosikalnya.Sudah lama aku tidak ke sekolah lama ku.Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa.Sekolah yang telah mengajar aku menjadi manusia.Hehehehehhe….
                Teringat kembali satu persatu wajah wajah guru yang mengajarku.Cikgu Hazban,Cikgu Zubaidah, dan ramai lagi.Masih ada lagi kah mereka di sekolah itu?? Esok aku akan mengetahui jawapannya…
                                              

Beban ini semakin bertambah..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sudah 3 hari aku  berada di  masih tidak mengulangkaji walaupun peperiksaan pertengahan semester sudah semakin dekat.Tugasan tugasan masih tidak ku sentuh.Ini menjadikan aku semakin tertekan.Ada rumah pun macam tidak ada rumah.Asyik keluar memanjang.Tapi esok aku  berjanji akan mengulangkaji pelajaran dan aku akan melakukan yang terbaik pada hari peperiksaan nanti.

Bebanan kerja sekolah...


            

                               Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari pertama berada di rumah memang membosankan.Adikku yang bongsu sudah ke sekolah.Di pagi yang hening itu,aku berasa kosong.Kalau di kampus,aku belum bangun lagi melainkan kalau ada kelas.Anehnya,di rumah aku selalu bangun awal.Tidak tahu kenapa,mungkin kerana suasana di kampung yang nyaman membuatkan aku terbangun awal.
                Namun apabila memikirkan tugasan yang perlu di siapkan,hatiku berasa tidak tenang.Banyak sekali tugasan yang perlu di siapkan dalam minggu ini.Aku merasakan cuti ini sepenuhnya akan di gunakan untuk menyiapkan tugasan.
                Peperiksaan pertengahan semester juga semakin dekat.Tetapi aku masih belum lagi mengulangkaji.Semakin gundah gulana hati ku ini.Sememangnya susah untuk mengekalkan prestasi tetapi aku akan mencubanya.

Cuti Pertengahan Semester


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini aku dah berada di rumah di Kelantan.Perjalanan pulang ke rumah memakan masa lebih kurang 12 jam.Selalunya paling lama pun,ia mengambil masa selama 8 jam.Oleh kerana terdapat masalah yang tidak dapat di elakkan,di campur dengan beberapa kali bas berhenti untuk makan,sembahyang dan ditambah lagi melayan kerenah penumpang yang sering kali inigin membuang air,terpaksalah kami bersabar selama 4 jam lagi untuk sampai ke destinasi.Sabar je la..
                Tepat jam pkul 9.15 malam,bas sampai di Econjaya Kok Lanas.Sementara menunggu abang ipar aku datang untuk mengambilku,aku lepak di kedai kopi sambil menonton bola.Hatiku sedikit terubat apabila pasukan TRW Kelantan sedang mendahului 2-0.
                15 minit selepas itu,abang iparku sampai.Rumahku,aku datang……..






                         

Wednesday, 3 April 2013

Kenangan silam..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.






  
Mesti korang semua tergelak sakan tengok gelagat budak sekolah di atas kan??hahahahahahha.....Hakikatnya,itulah situasi aku apabila pada tingkatan 3 dahulu.Apabila di ingat balik,memang lawak.Seorang budak hingusan yang mempunyai pelbagai alasan apabila tidak dapat menjawab soalan yang di berikan.Kawan kawan aku tergelak sampai tak ingat dunia.Apa tak nya,dah lah cikgu aku tu tengah marah.Boleh pulak aku buat lawak antarabangsa yang tak di iktiraf.

Zaman persekolahan memang tidak dapat di lupakan.Pelbagai kisah yang apabila di ingat balik akan mencuit hati kita.


p/s : Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya........hujan-muda.....

Keidupan seorang pelajar....

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kali ini aku nak berkongsi mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar.Kehidupan ini sebenarnya adalah boleh di ibaratkan sebagai sebuah sekolah.Kita sebagai pelajar seharusnya sentiasa belajar supaya tidak ketinggalan.

       Meskipun  sesetengah orang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta atau ipts,tetapi mereka masih perlu belajar.Ini kerana bukan di ipta or ipts sahaja tempat yang kita boleh belajar,malah di mana mana tempat pun kita masih boleh belajar.
p/s : jangan pernah berasa lelah untuk belajar...
       

Kehidupan di UKM...

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada kali ini,aku nak kongsi sedikit dengan pengunjung blog tentang cerita dan gelagat penghuni di UKM ini.Memandangkan sudah lebih 7 bulan aku berada di UKM ini,pelbagai cerita yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.
 
      Antaranya ialah suasana di sini sangat nyaman kerana berada di kawasan hutan.Suasananya yang nyaman dan tenteram menyebabkan aku tiak betah untuk terus menimba ilmu di sini.



Pengalaman di Tambun,Perak....

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada 2 minggu lepas,saya bersama kawan kawan telah melawat The lost World of Tambun.Perjalanan ke sana telah mengambil masa lebih kurang 4 jam.Kami bertolak dari UKM pada pukul 10 malam.

      Sesampainya di sana,budak budak perempuan sibuk mengambil gambar di sana sini.Sememangnya orang perempuan ini suka bergambar.Betul atau tidak pernyataan ini bergantung kepada individu.Tempat ini sememangnya menjanjikan pelbagai tempat dan aktiviti yang menarik untuk di jelajah.Bayaran RM45 sememangnya berbaloi termasuk penginapan dan makanan.

        Di bawah ini antara gambar2 yang sempat di rakam oleh lensa kamera.Enjoy it....







Handphone termahal....

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Dulu semasa tahun90 an,telefon bimbit menjadi satu aksesori bagi yang berkemampuan.Memandangkan permintaan pada ketika itu rendah,sebuah telefon bimbit yang paling asas mencecah ratusan ringgit.Kad sim pula bernilai ratusan ringgit.

    Tetapi sekarang telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang.Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu di miliki.

     Dekat sini aku nak kongsi dengan korang mengenai telefon bimbit termahal di dunia.

          Ini adalah telefon termahal pernah di catatkan dalam sejarah.Ia di pamerkan di Millionaire Fair selama tiga hari di Cannes,Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimbit Paling Mahal di dunia.

    'Le Million' Piece Unique ya usng di beli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini bernilai 1juta Euro.......!!!!! Bayangkan apabila di tukar kepada Ringgit Malaysia.......??Terlalu banyak untuk di kira.....kan3????

Sedikit Renungan.....

         Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Aku nak berkongsi sedikit dilema yang sering aku lalui sepanjang aku hidup kat bumi ini selama lebih 19 tahun.Dan mungkin korang semua pernah melalui dilema ini.Aku mengaku yang aku ni bukannya yang paling baik dan aku juga pernah melakukan dosa.Namun apabila aku melihat sesorang itu melakukan dosa,terasa ingin menasihati orang itu.Apakah aku berhak dan layak?

          Jawapannya,kita berhak dan selayaknya untuk menasihati dan mencegah kemungkaran walaupun kita juga pernah melakukan dosa itu.Jawapan ini berdasarkan  beberapa sebab di antaranya ialah kita bukan nabi atau rasul yang maksum.Kita semua melakukan kesalahan dan dosa.Jangan pernah menafikan hakikat itu.Berdasarkan fakta ini,kita tidak perlu berasa tidak layak untuk memberi nasihat kerana semua orang melakukan dosa.

         Kedua,berdasarkan suruhan ALLAH S.W.T membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Oleh itu,kita perlu rasa bertanggunjawab untuk menasihati supaya menjadi yang lebih baik.

          Sekian terima kasih.....


        p/s :hatta kita sedang berzina sekalipun,dan ternampak orang yang melakukan dosa,kita wajib menegurnya.,,,,

Teknologi oh Teknologi

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Teknologi maklumat di era masa kini semakin pesat membangun.Tidak di nafikan ia sememangnya memudahkan kita dalam urusan harian.Dan banyak lagi kemudahan yang dapat kita nikmati apabila meggunakan teknologi.

    Namun,di sebalik segala kebaikan,terselit keburukan yang menyusahkan kita.Contohnya penggunaan media sosial antaranya facebook,twitter,myspace dan sebagainya.Penyalahgunaan media sosial  ini tanpa kawalan menyebabkan berbagai masalah yang timbul.Kita dapat tengok berbagai ragam masalah yang sering di paparkan di media sosial.Antaranya penggunaan kata kata kesat,berbalah sesama sendiri,masalah perkauman,politik dan sebagainya.Penggunaan media sosial ini menyebabkan kita semakin berani bertindak liar oleh kerana kita hanya beraksi secara maya.
   
          Status status yang berbaur perkauman,politik dan sebagainya telah menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri dalam menegakkgan pendapat masing masing.Secara tidak langsung ia menyemarakkan lagi masalah ini dan ini boleh membawa kesan yang buruk kepada negara.