Search This Blog

Tuesday, 4 June 2013

Terima kasih cikgu..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok...ini last post untuk tugasan blog.Tak ada apa yang aku nak cerita.Just want to say..


" mungkin aku yang selalu jadi mangkuk hayun dalam kelas itu "
" namun kau masih ajar aku "
" macam mana nak buat blog "
" excell ,access dan yang lainnya "
" kau ajarku tanpa lelah "
" terima kasih pada mu cikgu"
"jasa mu akan ku kenang selalu "


terima kasih....


assalamualaikum..

Baik dan jahat..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kenapa politik selalu di salah ertikan oleh sesetengah pihak sebagai kotor??

Aku pun xtaw...

Pendapat masing masing ada yang mengatakan ia benar..

Ada yang mengatakan ia salah..

Tapi bagi aku..konsepnya senang sahaja..

1 ) adat dunia,yg jahat itu xkan redha selagi yg baik itu xjadi jahat..apabila adanya konsep x redha itu,otometik nye yg jahat itu akan melakukan apa shja untuk mmstikan yg baik itu jadi jhat..bermakna seharusnya politik itu terpalit banyak kekotoran..


2 ) guna gunakan islam sehabis mungkin dalam politik seperti org kristian guna agma mereka untuk kepentingan mereka

Stadium Bukit Jalil...ambo datang..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Dah lama da aku tunggu saat2 ini.Saat untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi di final piala FA yang akan menentang Johor Darul Takzim pada 29 Jun ini.

Dah berapa kali Kelantan melangkah ke final namun aku belum pernah menjejakkan kaki di Stadium Bukit Jalil.Kekangan masa menyebabkan aku hanya mampu menonton di kaca televisyenbersama rakan rakan yang lain.

Tapi kali ini aku berazam dan bertekad yang aku akan pergi juga untuk menyaksikan Kelantan vs Johor Darul Takzim.



Demam final piala FA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Post kali aku nak cerita tentang demam bola sepak.Final bola sepak piala FA kini menghampiri kemuncaknya.Kelantan bakal bersaing merebut piala FA yang beraksi menentang pasukan Johor Darul Takzim pada 29 Jun ini.Saingan kali ini pasti sengit kerana Kelantan akan bermain bersungguh sungguh dalam mempertahankan piala FA yang di menanginya pada musim lepas.Johor Darul Takzim pula pasti tidak akan melepaskan peluang yang sudah ada di depan mata untuk memenangi piala FA buat kali pertamanya.
Mengimbas kembali dalam saingan dalam Liga Super pada tahun ini,pasukan Johor Darul Takzim sememangnya tidak dapat di nafikan merupakan pasukan yang sungguh mantap sebagai pendatang baru Liga dalam Malaysia.Kali pertama beraksi dalam Liga Malaysia,JDT kelihatan tidak kekok untuk beraksi di tengah padang.Gabungan pemain pemain kebangsaan antaranya Safee Sali,Safiq Rahim yang memiliki kekuatannya yang tersendiri amat di tagih oleh jurulatih JDT,Fandi Ahmad dalam merebut piala FA dari Kelantan tahun ini.

Sama2 kita nantikan keputusannya..


Sikit lagi kerja sekolah nak habis..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku.Nak bagitahu yang hari ini,semua kerja sekolah yang berkaitan dengan subjek Aplikasi Komputer 99% telah pun siap.1% lagi dalam proses.Kerjanya menulis blog ni ha.Ada beberapa post lagi yang aku kena buat.Ok sekarang ni tengah pikir nak post tentang apa.Kekurangan idea menyebabkan tugasan membuat blog ini tidak berjalan dengan lancer.Tu je..terima kasih kalau sudi membaca…


Sunday, 2 June 2013

Kawan lama datang kembali..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kawan aku masa semester satu hari tu datang melawat UKM.HAHAHAH...satu semester x dengar cerita dia.Hanya Facebook yang menghubungkan kami namun kurang berkomnikasi di Facebook.Hehehehhe...petang td sempat bermain ping pong jap...huh..lama gilerr x main ping pong...berpeluh di buatnya..

Saturday, 1 June 2013

Sesi pembentangan 2..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Post ini tentang pembentangan Powerpoint sesi ke 2 untuk subjek Aplikasi Komputer.Kumpulan kami bentang dalam pukul 3.30 petang.Tajuk pembentangan adalah Piramid makanan.Alhamdulillah ...Pembentangan powerpoint berjalan dengan lancar.Oleh kearana tak ramai yang datang,tak lah aku terlalu nervous.Semuanya ok.Komen En Azwwan pon lebih kepada komen membina.Video pembentangan pun boleh di katakan ok berbanding video yang sebelumnya.

Apa yang aku bangga masa pembentangan adalah Kumpulan Amin merupakan johan bagi Video terbaik.Ttengoklah sapa photographer.Ehem2...

Ok..itu saja ..Terima kasih..

Versus Musim Ke 2..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.Post kali ini hanya bertujuan untuk cerita tantang Versus 2 yang baru sahaja melabuhkan tirainya baru2 ini.Teka band mana yang menang??Tak tahu?Bereh2,,Kalau nak tahu,Manifesto Band telah di nobatkan sebagai juara yang telah mengalahkan Kyoto Protocol di peringkat battle.Kepada peminat muzik tempatan,kemenangan kumpulan Manifesto mungkin telah mengejutkan mereka kerana kumpulan ini adalah project band.Masih baru di tubuhkan dengan tujuan untuk memasuki program Versus 2 ini.Namun mungkin kerana kesungguhan mereka,persembahan mereka yang konsisten telah melayakkan mereka memenangi hadiah sebanyak RM200,000,000.Fuhhh...Banyak giler...Kepada band yang kurang bernasib baik tu,tidak mengapa.Korang semua memang terbaik.Memang terer bab2 merosakkan lagu dengan cara yang baik.Hehehe...


Ni antara Quotes yang aku sempat tangkap dari kumpulan kumpulan yang bertanding serta juri2..Quotes yang bagi aku mungkin antara yang paling kreatif pernah aku dengar..



" biar mati mencuba,jangan mati kecewa " _Oh Chentaku_
" sungai kreativiti korang semua dah tercemar " _Loque_..fuhhh...metafora tu...heheheh




Sekian..