Assalamualaikum dan
selamat sejahtera.Post kali aku nak cerita tentang demam bola
sepak.Final bola sepak piala FA kini menghampiri kemuncaknya.Kelantan
bakal bersaing merebut piala FA yang beraksi menentang pasukan Johor
Darul Takzim pada 29 Jun ini.Saingan kali ini pasti sengit kerana
Kelantan akan bermain bersungguh sungguh dalam mempertahankan piala
FA yang di menanginya pada musim lepas.Johor Darul Takzim pula pasti
tidak akan melepaskan peluang yang sudah ada di depan mata untuk
memenangi piala FA buat kali pertamanya.
Mengimbas kembali
dalam saingan dalam Liga Super pada tahun ini,pasukan Johor Darul
Takzim sememangnya tidak dapat di nafikan merupakan pasukan yang
sungguh mantap sebagai pendatang baru Liga dalam Malaysia.Kali
pertama beraksi dalam Liga Malaysia,JDT kelihatan tidak kekok untuk
beraksi di tengah padang.Gabungan pemain pemain kebangsaan antaranya
Safee Sali,Safiq Rahim yang memiliki kekuatannya yang tersendiri amat
di tagih oleh jurulatih JDT,Fandi Ahmad dalam merebut piala FA dari
Kelantan tahun ini.
Sama2 kita nantikan
keputusannya..

No comments:
Post a Comment